Jabatan Kesihatan Selangor rampas produk kosmetik bernilai RM6.2 juta

Selangor

SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Selangor berjaya merampas pelbagai produk kosmetik yang tidak didaftarkan dianggarkan bernilai RM6.2 juta dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang dekat sini kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata serbuan di sebuah gudang yang menyediakan khidmat logistik di Taman Perindustrian Air Hitam pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin  itu dijalankan oleh enam orang pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Selangor selepas mendapat aduan orang awam.

"Dalam serbuan ini sebanyak 28 jenis produk kosmetik  yang diimport dari negara jiran dan  tidak bernotifikasi dianggarkan bernilai RM6.2 juta telah dirampas.

"Penjualan produk tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984  dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan tidak menggunakan produk tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.

“Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk atau notifikasi kosmetik menerusi laman npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400, orang ramai juga digalakkan mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkaitan produk meragukan sebagai usaha bersama kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Tambah beliau, aduan dan maklumat turut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi laman www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di laman moh.spab.gov.my.

-- BERNAMA   


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2