Akta Kawalan Tembakau secara berasingan warta tempat awam sebagai Kawasan Larangan Merokok - Dzulkefly



MELAKA, 30 Mac (Bernama) - Kementerian Kesihatan komited untuk menggubal, dalam masa terdekat, Akta Kawalan Tembakau secara berasingan yang mewartakan semua tempat awam sebagai Kawasan Larangan Merokok dengan senarai tempat yang terhad untuk perokok menghisap rokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bukan hasrat beliau atau kementerian untuk mengisytiharkan merokok sebagai menyalahi undang-undang tetapi ia untuk memastikan orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak tidak terdedah kepada asap rokok.

Beliau berkata dalam apa jua perubahan, pengubahsuaian norma-norma masyarakat yang semula jadi melibatkan merokok tentu tidak mudah, tetapi kementerian yakin bahawa ia boleh dan akan dilakukan dengan kejayaan muktamad.

"Mungkin suatu hari nanti kita akan mempunyai peruntukan undang-undang yang melarang merokok di sekitar kanak-kanak bawah umur tanpa mengira lokasi kesalahan itu dilakukan.

"Hati saya hancur-luluh setiap kali melihat orang dewasa merokok semasa mendukung anak mereka,” kata beliau ketika berucap pada Majlis “Recognition and Awards Ceremony for Revolution Smoke-Free Workplace Campaign” di sini malam ini.

Turut hadir Exco Kesihatan dan Anti dadah negeri Melaka Low Chee Leong dan Presiden Malaysian Women's Action on Tobacco Control and Health, Roslizawati Ali.

Pada Majlis itu, 14 hotel di Melaka menerima pensijilan sebagai tempat kerja bebas asap rokok yang disampaikan oleh Dr Dzulkefly.

Dr Dzulkefly berkata asap rokoh mengandungi beribu-ribu jenis bahan kimia beracun yang jika terhidu boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan masalah kesihatan lain yang serius.

"Oleh itu, undang-undang dan dasar yang efektif perlu digubal dan dikuatkuasakan dengan ketat untuk memastikan penduduk dilindungi secukupnya daripada ancaman pencemaran daripada asap rokok," kata beliau.

Beliau berkata sebagai penjaga kesihatan awam, kementerian bertekad untuk mengutamakan kepentingan yang terbaik kepada rakyat mengatasi mana-mana entiti komersial.

"Tetapi usaha itu boleh menjadi sangat mencabar, dan kami mungkin tidak dapat melakukan segala-galanya sendiri. Oleh itu, saya menyeru kepada semua sektor terutama masyarakat awam, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk menyokong kami,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2