Warga KKM dialukan kongsi idea dan masalah - Menteri Kesihatan



SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dialu-alukan mengemukakan idea, cadangan dan masalah yang dihadapi mereka dalam menjalankan tugas secara terus melalui capaian di ideas.moh.gov.my.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua warga KKM, kecuali berjawatan JUSA dan ke atas dialu-alukan berbuat demikian mulai hari ini sehingga 30 April nanti.

Katanya program yang dinamakan “Ideas That Matter” itu adalah untuk mencipta ruang bagi warga kerja KKM terutama yang berjawatan rendah untuk berkongsi idea dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh warga kementerian berkenaan.

"Semua idea, cadangan dan masalah boleh diutarakan terus ke laman berkenaan, ia adalah untuk kita bersama-sama memperbaiki kualiti kerja dan perkhidmatan KKM," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menjadi anggota panel di di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Sementara itu semasa menjadi salah seorang anggota panel yang membincangkan isu  Membina Institusi Sosioekonomi Yang Mapan Untuk Mendepani Cabaran Abad ke 21, Dr Dzulkefly berkata negara perlu bersedia dari aspek penyediaan kemudahan dan kepakaran untuk menghadapi status negara tua pada 2030.

"Berdasarkan data pada 2017, bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas ialah 6.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 33 juta.

"Pada 2020 pula bilangan bilangan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus dan bilangannya dijangka meningkat kepada 15 peratus pada 2030," katanya.

Dr Dzulkefly berkata kerajaan melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan Berpendapatan 40 peratus Terendah dan Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam bagi memastikan rakyat mendapat akses kesihatan yang lebih baik.

Anggota panel lain yang membincangkan isu itu adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Salih; Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma dan Pengarang Bersama Laporan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 'Kanak-Kanak Pinggiran', Zouhair Mohd Rosli.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2