Nyamuk berbakteria Wolbachia kawal denggi akan dilepas di Melaka - exco



MELAKA, 3 April (Bernama) -- Melaka mengenal pasti daerah Melaka Tengah sebagai kawasan yang akan dilepaskan nyamuk mengandungi bakteria Wolbachia dalam usaha menangani kes denggi.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata program itu mendapat persetujuan penduduk selepas kerajaan negeri mengenal pasti kawasan berkenaan merekodkan kes demam denggi tertinggi setakat ini.

“Melaka merekodkan peningkatan kes demam denggi sebanyak 255.7 peratus atau  381 kes kepada 530 dengan tiga kematian dalam tempoh 13 minggu pertama tahun ini sehingga 3 Mac lepas,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya bagi tempoh sama tahun lepas, hanya 149 kes direkodkan.

Dari segi pecahan mengikut daerah, Melaka Tengah mencatatkan 397 kes diikuti Alor Gajah (73 kes) dan Jasin (60 kes), katanya.

Beliau berkata setakat ini lapan lokaliti wabak aktif dikesan di negeri itu iaitu di Taman Ayer Keroh Height, Taman Tasik Utama C, Taman Maju Fasa 4, Lorong Bukit Piatu 1, Taman Melaka Perdana, Taman Saujana Indah, Taman Limbongan Permai dan Taman Tasik Utama.

Katanya daripada jumlah itu, dua lokaliti baharu wabak aktif ialah di Lorong Bukit Piatu 1 dan Taman Melaka Perdana.

Semalam media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan kerajaan akan melaksanakan operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia di 10 lokaliti bermula Julai ini dalam usaha memperkukuh aktiviti kawalan denggi.

Keputusan itu susulan kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017, melibatkan hampir empat juta nyamuk berbakteria Wolbachia dilepaskan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1