Cukai minuman bergula tidak libatkan minuman dibancuh di kedai makan

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) —  Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yang bakal dilaksanakan pada 1 Julai depan tidak akan melibatkan minuman yang dibancuh dan dihidangkan di premis makanan seperti kedai mamak, warung dan restoran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Buat masa ini , kita (Kementerian Kesihatan) tidak mengawal selia kedai makanan itu ,” katanya ketika ditanya sama ada cukai itu akan dikenakan di premis makanan sedemikian memandangkan kandungan gula dalam minuman manis yang dibancuh lebih tinggi berbanding minuman manis yang dihasilkan di kilang.

Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yang sepatutnya mula dilaksanakan pada 1 April, 2019  ditangguhkan kepada 1 Julai, 2019.

Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan cukai gula akan dikenakan ke atas minuman yang mengandungi gula melebihi lima gram bagi setiap 100 mililiter, begitu juga jus yang mengandungi lebih 12 gram gula bagi setiap 100 mililiter.

“Adalah lebih baik untuk mendidik orang ramai supaya tidak mengambil minuman berwarna dan manis yang dihidangkan di restoran. Ini merupakan cara untuk tidak menggalakkan mereka mengambil minuman manis. Tidak perlu peraturan,” kata Dr Dzulkefly selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata rang undang-undang Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan memasukkan juga kawalan ke atas nikotin, e-rokok dan vape, selain rokok.

"Rang undang-undang itu akan menggariskan semua peraturan tentang e-rokok dan vape termasuk garis panduan penjualannya,”katanya. 

Rang undang-undang itu dijangka dikemukakan  kepada pejabat Peguam Negara pada penghujung tahun ini, katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2