JERTIH, 8 April (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merampas produk kosmetik dan kesihatan berbahaya bernilai RM1.7 juta sejak tahun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, ia hasil serbuan ke atas 76 premis termasuk rumah kediaman (menjual secara atas talian), kedai runcit dan pasar malam.
Tahun lalu, 104 pertuduhan disabitkanh terhadap Orang Kena Saman (OKS) dengan jumlah denda RM283,510 dan setakat tahun ini, 31 pertuduhan disabitkan dengan jumlah denda RM34,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat dan Jelajah Skuad Cakna Ubat Daerah Besut Tahun 2019, di sini hari ini.
Katanya, lambakan produk yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan adalah disebabkan permintaan dalam kalangan pengguna yang tidak peka dengan risiko kesihatan selain iklan yang mengelirukan orang awam termasuk di media sosial.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN