Projek EnPHC akan diperluas ke 20 klinik kesihatan tahun ini



PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan akan memperluaskan inisiatif projek Pengukuhan Penjagaan Kesihatan Primer (EnPHC) kepada 20 buah lagi klinik kesihatan tahun ini walaupun kajian projek perintis  itu hanya siap September ini,  kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Perluasan ke lebih banyak klinik kesihatan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2019 di kementeriannya di sini hari ini.

Bertujuan meningkatkan pengesanan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan dyslipidaemia, projek rintis EnPHC telah dilaksanakan di 20 buah klinik kesihatan di Johor dan Selangor sejak Julai 2017.

EnPHC memastikan pendaftaran setiap penduduk di kawasan operasi dibuat, pengkalan data kesihatan dibangunkan, profil risiko dilaksanakan dan penduduk berisiko diberi intervensi awal mengikut tahap risiko.

Menurut Dr Dzulkefly, dalam tempoh satu tahun pelaksanaan EnPHC, jumlah penduduk yang telah didaftarkan adalah 309,472 orang iaitu 82 peratus daripada keseluruhan penduduk di kawasan operasi 20 buah klinik kesihatan yang terlibat.

Menurutnya, sebanyak 24.4 peratus atau 92,209 orang daripada mereka yang didaftar telah disaring untuk faktor risiko penyakit tidak berjangkit. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2