Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan memberi pelepasan cukai kepada pasangan suami isteri yang mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan memahami usaha pasangan suami isteri termasuk membelanjakan wang yang banyak bagi rawatan untuk mendapat zuriat.
"Ia merupakan cadangan yang baik, mungkin saya boleh angkat agenda ini untuk dipertimbangkan kerana bagi sebuah rumah tangga untuk mendapatkan zuriat adalah hampir segala-galanya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung sama ada Kementerian Kesihatan bercadang mengusulkan kepada Kementerian Kewangan untuk memberi pelepasan cukai terhadap pasangan suami isteri yang menjalani rawatan IVF.
Menjawab soalan asal Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kos rawatan IVF di hospital kerajaan, Dzulkefly berkata jumlah caj yang dikenakan untuk satu kitar IVF atau suntikan intrasitoplasmik sperma adalah sekitar RM4,500 hingga RM5,000.
Beliau bagaimanapun berkata ia tidak termasuk ubat kerana ia ditanggung melalui subsidi penuh oleh kerajaan.
Tambahnya, sebanyak 976 pesakit telah menjalani rawatan IVF di empat hospital kerajaan pada tahun lepas, dengan 189 orang berjaya hamil.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN