Preskripsi ideal Karnival Kesihatan Kanak-kanak dengan DoctorOnCall

KUALA LUMPUR,9  April (Bernama) -- Persatuan Sahabat Harapan Selangor dan Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Wanita  dan Pemberdayaan Keluarga negeri telah menganjurkan Karnival Kesihatan Kanak-kanak baru-baru ini.

Dalam karnival yang diadakan di Dewan  MBSA di  Kemuning Utama, Shah Alam, acara itu menampilkan  pemeriksaan kesihatan oleh DoctorOnCall bagi kanak-kanak yang meliputi tahap tumbesaran, pencapaian pembesaran, visual dan ujian buta warna serta autisme.

Golongan dewasa pula menjalani pemeriksaan darah tinggi dan kencing manis serta analisa berat badan, menurut satu kenyataan.

Selain pemeriksaan kesihatan para peserta juga mendapatkan nasihat doktor secara langsung atau secara dalam talian menerusi platfrom “DoctorOnCall, iaitu klinik dengan doktor bertauliah menawarkan khidmat perundingan mengenai penyakit yang kerap berlaku.

Turut hadir mempromosikan program kesedaran kesihatan itu ialah pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Pemberdayaan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, yang juga ADUN Seri Serdang.

Kenyataan itu juga memberi tumpuan kepada kategori Skim Peduli Sihat untuk keluarga dan individu, di mana ahli diberikan akses percuma ke perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui klinik panel terpilih, termasuk DoctorOnCall.

Untuk maklumat lanjut sila layari  https://www.doctoroncall.com.my.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1