BANGI, 9 April (Bernama) -- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mencipta intervensi kejuruteraan dinamakan 'motorised roller cage' bagi menggalakkan persekitaran kerja yang lebih ergonomik, kata Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata intervensi itu juga selari dengan usaha mengatasi peningkatan penyakit sendi, tulang dan otot atau Musculoskeletal disorders yang merupakan antara penyakit pekerjaan tertinggi dan membimbangkan di Malaysia.
Katanya pekerja dalam sektor pemborongan dan peruncitan merupakan yang paling berisiko menghidapi penyakit tersebut.
"Aktiviti kerja di sektor pemborongan dan peruncitan ini memerlukan pekerja banyak membongkok selain perlu membawa beban dalam tempoh lama yang membahayakan kesihatan.
"Intervensi ini membolehkan pekerja melaraskan ketinggian tanpa perlu banyak menukar posisi badan ketika proses penyusunan barang dan sebagainya," katanya ketika merasmikan seminar Kawalan Hazard Kesihatan, Pendekatan Intervensi dan Cabaran Yang Dihadapi di sini hari ini.
Lee berkata Niosh turut menjalankan kajian bagi mencegah dan mengatasi penyakit pekerjaan yang merangkumi 10 industri iaitu pembinaan, perladangan, borong dan runcit, perkhidmatan air, pihak berkuasa tempatan, sanitasi dan perkhidmatan kesihatan serta sektor pembuatan yang merangkumi elektronik, plastik, logam dan perabot.
Jelasnya intervensi melalui kawalan kejuruteraan boleh membantu organisasi dan syarikat mengurangkan penyakit pekerjaan yang kini menunjukkan peningkatan ketara secara lebih berkesan dan cekap berbanding kawalan pentadbiran dan penggunaan peralatan perlindungan peribadi.
"Majikan perlu memastikan bukan sahaja keselamatan pekerja malah tahap kesihatan pekerja-pekerja mereka dalam keadaan baik dan tidak memberi kesan jangka panjang seperti yang termaktub dalam Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN