KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Education Malaysia Global Services (EMGS) dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), akan membawa seorang pakar ophthalmologi terkemuka di dunia dalam bidang pembedahan katarak, Dr Takayuki Akahoshi untuk berkongsi kepakaran beliau.
Beberapa siri program akan diadakan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC), Kuala Lumpur, Hospital Langkawi, dan Hospital Queen Elizabeth, Sabah, antara 23 dan 30 April.
Program ini merupakan kerjasama EMGS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kementerian Kesihatan yang melibatkan pemindahan kemahiran yang akan memberi manfaat kepada pakar-pakar tempatan dan pelatih pakar dalam bidang ini, menurut satu kenyataan.
Dr Akahoshi, ialah seorang ophthalmologi yang paling berjaya dan inovatif akan menawarkan pembedahan secara langsung dan rawatan secara percuma menggunakan teknik yang beliau bangunkan sendiri terhadap warga tempatan terpilih di UKMMC dan Hospital Langkawi.
Beliau juga akan menyampaikan kuliah di setiap lokasi yang akan memberi manfaat kepada pakar ophthalmologi, pelatih ophthalmologi dan pegawai perubatan lain, serta berceramah di Simposium Pembedahan Katarak Negara di UKMMC dari 26 hingga 28 April.
Lawatan beliau akan memberi peluang yang sangat baik untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, dan meneruskan pembangunan profesional dalam bidang ophthalmologi yang bukan hanya untuk pakar ophthalmologi, tetapi juga pakar dalam bidang berkaitan yang lain.
Pada masa ini, terdapat tiga universiti awam di Malaysia yang menawarkan kursus dan latihan dalam bidang ophthalmologi, termasuk UKM, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN