Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi dijangka mula beroperasi akhir tahun ini

LUMUT, 10 April (Bernama) -- Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dijangka beroperasi selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad.

Beliau berkata operasi kompleks itu yang sepatutnya bermula bulan lepas ditangguhkan kerana Kementerian Kerja Raya perlu membuat pengesahan pengujian  bagi memperbetul masalah yang timbul untuk tujuan keselamatan. 

“Jadi penangguhan itu dilakukan atas dasar beberapa perkara yang mereka (Kementerian Kerja Raya) perlu lakukan untuk memastikan bangunan bukan hanya siap, tetapi daripada segi keselamatan semua perlu diambil kira,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2019 peringkat negeri dan merasmikan Kompleks Computed Tomography Scan (CT Scan) di Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata projek pembinaan kompleks berkenaan hanya tinggal satu hingga dua peratus untuk siap, manakala kelengkapan perubatan telah disediakan sepenuhnya. 

Pada September tahun lepas, Menteri Kerja Raya Baru Bian memaklumkan projek pembinaan kompleks tersebut dijangka siap akhir Disember 2018 setelah diberi tiga kali lanjutan masa.

Apabila beroperasi kelak, kompleks 10 tingkat untuk wanita, kanak-kanak dan kardiologi itu akan mempunyai 404 katil serta 18 bilik bersalin, enam bilik bedah serta kemudahan lain termasuk lebih 450 lot parkir untuk kereta dan motosikal.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata pihaknya komited untuk memastikan proses pembinaan dua hospital baharu di Perak iaitu Hospital Seri Iskandar di Parit dan Hospital Parit Buntar berjalan lancar.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya dijangka mengeluarkan surat setuju terima projek Hospital Seri Iskandar kepada kontraktor pada 25 April 2020 sebelum memulakan pembinaan, manakala Hospital Parit Buntar yang sedang dibina dijangka siap pada 28 Dis tahun depan.

“Hospital Seri Iskandar telah diluluskan tetapi kita belum tahu lagi kos pembinaan hospital itu,” katanya sambil menambah enam projek pembangunan Klinik Kesihatan dan satu projek pembangunan klinik pergigian sedang dibangunkan di Perak. 

Mengenai Kompleks CT Scan, Dr Dzulkefly berkata projek bernilai RM3.65 juta itu siap dibina pada 6 Dis tahun lalu seterusnya memulakan operasi empat hari kemudian dan sehingga 14 Mac lepas, ia telah mengendalikan sebanyak 685 pemeriksaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2