PPM Tawau rampas barangan kesihatan terlarang bernilai RM16,044



TAWAU, 10 April (Bernama) -- Longgokan kotak mengandungi pelbagai barangan kesihatan terlarang dipercayai daripada Indonesia yang ditinggalkan di kawasan Jeti CIQ lama di sini, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan Op Landai, semalam.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata anggota Unit Risikan Marin (URM) yang melakukan pemerhatian selama sejam terhadap longgokan kotak tersebut, bagaimanapun tiada individu yang datang menuntut.

"Antara barangan kesihatan ditemui dalam kotak itu termasuk Balsem Otot Geliga, ubat sakit kepala Tjie Thun Hu, minyak kemiri, Extrajose Active serta Kuku Bima," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua barangan bernilai RM16,044 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Racun 1952.

Sementara itu, pada hari sama di Sandakan, Mohamad Pajeri berkata PPM menahan tiga kapal nelayan bersama enam lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 54 tahun kerana melanggar syarat lesen bot di perairan Kuala Panalunan, Kinabatangan.

Katanya kesemua tahanan dan bot ditahan antara 8.45 pagi hingga 9.25 pagi selepas menangkap udang di kawasan kurang dua batu nautika dari pesisir pantai.

"Ketika ditahan kesemua mereka sedang leka memukat udang dan tangkapan itu turut membawa rampasan kira-kira 150 kilogram udang dengan anggaran RM1,875," katanya lagi.

Mohamad Pajeri turut mengingatkan bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun RM500 manakala kesalahan kedua RM1,000 dan RM1,500 bagi kesalahan ketiga.

"Sekiranya pemilik kapal didapati melakukan kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita," katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2