16 tan produk perubatan tradisional Cina dirampas

GEORGE TOWN, 10 April (Bernama)-- Sebanyak 16 tan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM2.9 juta dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah hari ini.

Katanya antara yang dirampas dalam operasi yang dikenali Ops Khing 2 bermula pukul 10.00 pagi semalam itu ialah ubat-ubatan tradisional Cina, produk pil dan kapsul tanpa label.

"Semua bahan terlarang itu dirampas dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini termasuk di Bukit Mertajam ia membabitkan sebuah premis kedai ubat Cina dan tiga premis rumah kedai dua tingkat tidak berpapan tanda serta sebuah rumah kediaman," katanya di sini.

Beliau berkata operasi itu di jalankan hasil maklumat yang disalurkan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sarawak berikutan rampasan produk tidak berdaftar di negeri berkenaan baru-baru ini.

Katanya seramai 62 orang pegawai penguatkuasa farmasi dari Pulau Pinang, Kedah,Perlis dan Perak serta Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta lima anggota polis terlibat dalam operasi berkenaan.

Dr Wan Mansor berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan beberapa pihak lagi yang di percayai terlibat dan menyimpan produk yang di syaki mengandungi racun ini.  

"Kami percayai kegiatan itu di jalankan oleh sindiket yang menyimpan serta mengedar kepada peniaga bukan sahaja di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain termasuk di Sarawak.Pihak kami sedang mengesan dalang sindiket terbabit," katanya.

Katanya kes itu di siasat menurut Akta Jualan Dadah 1952 dan beliau memberi amaran kepada peniaga agar mematuhi peraturan dengan tidak menjual produk tidak berdaftar dengan PBKP.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar agar menyalurkan maklumat dengan menghubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Pulau Pinang di talian 04-2292319.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2