KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Seramai 1,236 graduan perubatan akan dilantik menjadi Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) bulan ini dalam usaha kerajaan memberi tempat kepada graduan menjalani latihan siswazah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 3,195 graduan pula akan dilantik sebagai PPS secara berperingkat pada tahun ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (PH-Tasek Gelugor) yang ingin tahu jumlah graduan lepasan bidang perubatan yang masih belum mendapat tempat untuk menjadi doktor pelatih (House Officer) dan sebabnya.
Jelasnya, pengisian slot latihan di KKM adalah sebanyak 90 peratus melibatkan PPS yang mana ia dibuat setiap dua bulan.
“Hampir 70 peratus PPS sahaja yang lulus dalam tempoh dua tahun manakala 32.9 peratus PPS lagi mengambil masa yang lebih lama mengakibatkan berlakunya tunggakan kerja kerana slot latihan sedia ada mengambil masa lama untuk dikosongkan,” katanya.
Dzulkefly berkata selain itu, pihaknya juga telah meningkatkan bilangan Hospital Latihan Siswazah (HLS) termasuklah penempatan di Klinik Kesihatan untuk tujuan latihan.
“KKM juga melanjutkan pelaksanaan moratorium bagi Penawaran Kursus Baru Bidang Perubatan di Institut Pengajian Tinggi dalam negara selama lima tahun hingga 2021,” tambahnya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN