GUA MUSANG, 11 April (Bernama) -- Hampir 150 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini yang menghidap sejenis penyakit gatal sehingga kulit menjadi bersisik sejak tiga bulan lalu kini berusaha mengubati penyakit itu dengan menggunakan kaedah tradisional kaum mereka.
Ini berikutan mereka tidak mempunyai cara lain bagi mengubati penyakit berkenaan hingga membawa penderitaan terutama kanak-kanak yang berusia setahun hingga 11 tahun dengan cara menyapu di tempat gatal menggunakan kapur sireh bersama pucuk lada.
Seorang ibu, Ani Ong, 35, berkata, hasil daripada menyapu ubat tradisional itu ada memberi kesan hingga sebilangan besar daripada mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan beransur sembuh walaupun mengambil masa yang sedikit lama.
Beliau mengakui anak lelakinya berusia dua tahun yang dijangkiti penyakit itu lebih dua bulan lalu hingga berkudis hampir sembuh selepas berulang kali menyapu kapur sireh bersama pucuk lada yang banyak terdapat di sekitar rumah.
Beliau mendakwa ubat yang diperolehi daripada klinik kurang berkesan dan menyebabkan penduduk kecewa dengan keadaan itu.
Seorang lagi penduduk Orang Asli, Ariffin Alang, 44, pula berkata, perubatan cara tradisional itu bukan untuk mengetepikan perubatan moden, tetapi setakat ini belum dari pihak jabatan kesihatan yang datang untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, memang ada juga penduduk yang sudah sembuh selepas disapu ubat tradisional itu dan dijangkiti semula mungkin kerana mereka tidak berpantang.
"Yang hairannya penyakit itu kami tidak boleh makan ikan dan apabila makan ikan, kami akan jadi gatal semula di bahagian badan," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN