MOH berharap penjagaan kesihatan boleh diakses melalui aplikasi di rumah dapat dilaksanakan - Dr Lee

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ( Gambar fail )

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (MOH) berharap penjagaan kesihatan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih di rumah dapat dilaksanakan di Malaysia sebagai sebahagian usaha untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Ia sama seperti aplikasi Uber yang membolehkan akses segera secara dalam talian bagi perkhidmatan teksi. Pesakit boleh mengakses penjagaan kesihatan dengan hanya membuat panggilan kepada doktor dan tidak perlu datang ke klinik atau hospital untuk ujian, rawatan dan penjagaan.

“Oleh itu, adalah perlu untuk memperluaskan perkhidmatan untuk menyediakan penjagaan paliatif di rumah dan kami melaksanakanya melalui klinik kesihatan kami. Kami menghargai latihan yang diberikan oleh Hopsis Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini,” kata Dr Lee selepas melancarkan kempen “Speak Up - Because I Matter” anjuran Hospis Malaysia sempena Bulan Kesedaran Penjagaan Paliatif, di sini hari ini.

Dr Lee berkata Kementerian Kesihatan menghargai latihan yang diberikan oleh Hospis Malaysia kepada kakitangan kementerian untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.

"Setakat ini, 11 pakar penjagaan paliatif telah menamatkan latihan dan enam hospital awam kini mempunyai pakar penjagaan paliatif.

Hospis Malaysia adalah sebuah badan amal yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan perubatan paliatif kepada pesakit  tidak mengira bangsa, agama dan warganegara.  Ia tidak bergabung dengan mana-mana badan politik dan diurus oleh sukarelawan profesional dan doktor sepenuh masa.

Sementara itu, seorang pesakit kanser hidung Tham Syarul Abdul Wahab, 41, mengucapkan terima kasih kepada Hospis Malaysia atas sokongan untuk membantunya melawan penyakit kanser.

"Saya telah diperkenalkan kepada Hospis Malaysia oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang memberitahu bahawa Hospis Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu memeriksa keadaan saya di rumah secara percuma.

"Mereka datang ke rumah saya seminggu sekali, saya juga meminta bantuan mereka untuk mendapatkan kerusi roda.

Saya terkejut kerana pada esok hari, saya menerima kerusi roda yang harga asalnya adalah RM3,000 tetapi mereka memberinya percuma kepada saya, " kata Tham kepada Bernama.

Dalam pada itu, K. Jegadeva, 83, pesakit kanser kelenjer liur berkata beliau gembira menjalani rawatan kerana kakitangan Hospis Malaysia sangat peramah dan sentiasa sedia membantu.

"Semua kakitangan di Hospis Malaysia baik doktor, jururawat, pelajar mahupun kakitangan sokongan sangat mesra, perkhidmatan mereka sangat baik dan saya berasa senang menjadi salah seorang pesakit di Hospis Malaysia," katanya.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2