RM2.2 bilion setahun tampung kos rawatan hemodialisis

Gambar fail

SEREMBAN, 11 April (Bernama) -- Kerajaan menampung kos rawatan hemodialisis berjumlah RM2.2 bilion setahun bagi 50,000 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kerajaan menanggung kos sebanyak RM44,000 setahun untuk seorang pesakit yang perlu menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu.

“Oleh itu, penyakit buah pinggang dapat dicegah sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta melakukan saringan kesihatan pengesanan awal penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog bersama Menteri Kesihatan sempena Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di Taman Kelab Tuanku, Mambau, dekat sini, malam ini.

Dr Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk golongan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) berumur 50 tahun ke atas bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam golongan berkenaan.

 Beliau berkata skim tersebut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Justeru, beliau berharap ​​​​​​masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya skim PeKaB40 ini dalam usaha mencegah penyakit di peringkat awal.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2