Kes demam denggi baharu terus menurun di Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) -- Jumlah kes baharu demam denggi yang dilaporkan di Pulau Pinang terus menunjukkan trend menurun minggu lepas apabila 52 kes dicatatkan berbanding 75 kes pada minggu sebelumnya.

Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah kes baharu ini telah menjadikan keseluruhan kes yang dicatatkan sejak 1 Januari tahun ini sebanyak 2,173 kes.

“Terdapat lapan kematian disebabkan demam denggi yang direkodkan sehingga minggu ke-14 bagi tahun 2019 berbanding hanya satu kematian sahaja bagi tempoh yang sama untuk tahun 2018,” kata kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengenal pasti satu kawasan ‘titik panas’ (hot spot) wabak denggi iaitu di Taman Pauh Indah (B1-B3) dari daerah Seberang Perai Tengah, sementara 19 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di negeri ini melibatkan lapan di daerah timur laut, tiga di barat daya, satu di Seberang Perai Utara dan tujuh di Seberang Perai Tengah.

Orang ramai dinasihati untuk terus bekerjasama membendung wabak ini dengan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami tanda-tanda demam denggi seperti sakit badan dan sendi, muntah, ruam, demam dan kurang selera makan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2