Tuanku Zara Salim rasmi program myKidney

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Program myKidney Fun Run 2019 yang diadakan di Universiti Malaya (UM) hari ini. Turut hadir Naib Canselor UM Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan merasmikan program myKidney Fun Run 2019 yang diadakan di Universiti Malaya (UM) di sini.

Tuanku Zara yang juga penaung program myKidney berangkat tiba di perkarangan Kompleks Perdana Siswa, UM, pada kira-kira 9.59 pagi diiringi Naib Canselor UM Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Sejurus selepas perasmian, baginda berkenan melawat gerai pameran kesihatan tentang penyakit buah pinggang yang disediakan sempena acara larian tersebut sebelum berangkat pulang pada kira-kira 11.20 pagi. 

Acara larian yang disertai lebih 500 peserta itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Imran Ajmain.

Dana dikumpul menerusi acara larian itu akan disalurkan kepada Akaun Kebajikan Pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya dan akan digunakan membantu membiayai kos pemindahan pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan. 

Program myKidney merupakan tangggungjawab sosial korporat di bawah CEO@Faculty Programme 2.0 Kementerian Pendidikan sebagai usaha menyelaraskan pihak berminat memberi bantuan kepada pesakit buah pinggang kronik. 

Program itu juga diwujudkan bagi membantu pembangunan bakat dalam meningkatkan jumlah pakar sekali gus mengurangkan bilangan pesakit yang berada di dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2