Kementerian Kesihatan pertimbang penyelidikan perubatan rawatan rabies



KUCHING, 13 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan mempertimbang cadangan daripada universiti atau industri berkaitan untuk menjalankan penyelidikan sains perubatan berkenaan rawatan jangkitan rabies, khususnya di Sarawak.

Timbalan menterinya Dr Lee Boon Chye berkata kementerian mengambil serius wabak rabies atau anjing gila yang diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II di negeri ini dan merekodkan 15 kes kematian setakat ini.

“Kami menjejaki data berkenaan jumlah kes (rabies), peratusan haiwan yang membawa virus itu dan berharap semua pemilik anjing yang sayangkan haiwan peliharaan mereka agar memberikan suntikan vaksin kepada anjing mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Kemajuan dalam Sains Perubatan ke-4 yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Antara lain, Kementerian Kesihatan menyasarkan untuk membuka 15 Klinik Gigitan Anjing lagi awal Jun tahun ini sebagai tambahan kepada 10 klinik sedia ada bagi mengatasi wabak itu di Sarawak.

Kerajaan persekutuan juga telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk suntikan vaksin rabies yang diberi kepada anjing-anjing di negeri ini.

Mengenai laporan polis yang dibuat orang awam mengenai operasi anti-Rabies di Padawan baru-baru ini, Dr Lee berkata kementerian akan mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat perkara itu.

“Pihak berkuasa dan unit penguatkuasaan mempunyia prosedur operasi standard yang memerlukan mereka untuk tidak mencerobohi harta persendirian termasuk kawasan perumahan untuk menangkap anjing,” katanya merujuk kepada penangkapan seorang lelaki yang didakwa cuba menghalang pasukan operasi daripada melakukan tugas mereka pada 7 April lepas.

Sementara itu, Dr Lee berkata pada masa ini kementerian mempunyai peruntukan khas untuk menjalankan penyelidikan sains perubatan yang memfokuskan penyakit tropika termasuk kawalan jangkitan denggi dengan kerjasama universiti dan institusi tempatan.

Ia melibatkan ekstrak betik untuk merawat denggi manakala penyelidikan perubatan melibatkan rawatan melecur menggunakan kulit ikan tilapia yang telah memenangi anugerah antarabangsa, katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapannya berkata universiti itu telah membangunkan buah pinggang tiruan menerusi usahasama antara Institut Kejuruteraan Mikro dengan Pusat Perubatan UKM yang akan memanfaatkan pesakit yang menghidap kegagalan buah pinggang.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2