Kelantan
GUA MUSANG, 14 April (Bernama) -- Lebih 1,000 Orang Asli di daerah ini bakal menerima klinik kesihatan serba lengkap bernilai RM11 juta yang akan beroperasi dalam masa terdekat di Pos Brooke.
Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata fasiliti khusus untuk komuniti itu akan memudahkan Orang Asli mendapat rawatan kerana kedudukannya lebih dekat berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka ke klinik sementara di bangunan lama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.
“Selepas ini, masyarakat Orang Asli tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini ketika melawat bangunan baharu itu.
Katanya klinik baharu itu dalam fasa persiapan terakhir sebelum beroperasi.
"Selain dapat menerima rawatan, kaum itu juga boleh mengikuti pelbagai program berkaitan kesedaran kesihatan yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
Menurutnya bagi kemudahan ibu mengandung, Jabatan Kemajuan Orang Asli menyediakan pusat transit di Kampung Kuala Betis sebelum mereka dibawa ke Hospital Gua Musang apabila tiba masa untuk bersalin.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN