Skim PeKa B40 bermula esok - Dr Lee



KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) akan bermula esok, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. 

Beliau berkata projek rintis yang melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta itu akan memanfaatkan 800,000 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berusia 50 tahun ke atas. 

Katanya, semakan kelayakan dan klinik yang terlibat dalam skim itu boleh dilakukan di laman web www.pekab40.com.my. 

"Terdapat empat manfaat yang bakal diterima mereka iaitu saringan kesihatan meliputi pemeriksaan darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan kolestrol, bantuan alat perubatan seperti kanta untuk katarak, sendi tiruan, kerusi roda dan alat pendengaran. 

Bantuan ini juga meliputi insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan untuk menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan iaitu RM500 bagi pesakit di Semenanjung dan RM1,000 bagi Sabah dan Sarawak," katanya. 

Dr Lee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Koi Nak Sihat Peringkat Pahang di Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman. 

Beliau juga optimis kementerian akan memperluaskan bantuan itu kepada lebih ramai penerima, jika diberikan lebih peruntukan, memandangkan jumlah mereka yang layak untuk menerimanya adalah lebih ramai daripada jumlah sasaran. 

Katanya, sebanyak 423 klinik perubatan swasta umum telah berdaftar bagi skim itu setakat 12 April lepas. 

-- BERNAMA 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2