PeKa B40 bermula esokĀ 

Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, PeKa B40 memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta dalam membantu kumpulan B40 dengan mengutamakan perkhidmatan klinik perubatan swasta umum (GP) yang sudah berdaftar.

“Penerima yang layak boleh menjalani saringan kesihatan di klinik GP yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40.

“Sebagai permulaan, PeKa B40 akan melalui fasa ujian operasi di mana kementerian akan menilai kelancaran logistik dan mendapatkan maklum balas daripada semua pemegang taruh yang terlibat. Tempoh ujian ini akan berlangsung sehingga PeKa B40 dilancarkan sepenuhnya kelak," katanya.

Beliau berkata, selain manfaat utama iaitu saringan kesihatan kepada kumpulan sasar, Peka B40 juga memberikan bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Dr Dzulkefly berkata, sehingga 12 April lepas, terdapat 423 klinik GP yang telah berdaftar sebagai ‘Klinik PeKa B40’.

"Pada masa yang sama, klinik GP yang lain diseru untuk berdaftar secara dalam talian untuk turut menjadi Klinik PeKa B40. Ia bagi memudahkan penerima skim ini menjalani saringan kesihatan di klinik yang berhampiran dengan mereka,” katanya.

Jelasnya, pendaftaran sebagai Klinik PeKa B40 akan berterusan selama skim ini berjalan.

Menerusi Peka B40 juga, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berusia 50 tahun ke atas pada 2019 adalah layak secara automatik untuk menyertai skim ini.

“Ia adalah percuma dan tiada pendaftaran khusus diperlukan. Semakan kelayakan dan pelbagai maklumat lanjut boleh didapati di laman web Peka B40 atau dengan menghubungi 03-2730 7575,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2