Doktor Malaysia mengkhatankan kanak-kanak di Selatan Thailand

Nujaimin Udin

PATTANI, 14 April (Bernama) – Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur khidmat bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand.

Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara telah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu.

Beliau berkata seramai 80 orang doktor, paramedik khususnya dari HSNZ dan sukarelawan menyertai program kali ni.

Dr Nujaimin yang juga Pengerusi Pasca Siswazah Sultanah Zahirah (PGMES) berkata ini merupakan pembabitan kali keempat Program Khatan Amal Nusantara di selatan Thailand.

“Kami berharap melalui program ini dapat membantu anak-anak fakir miskin di Pattani untuk berkhatan,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Sebelum ini, program sama pernah diadakan di Sungai Golok, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand. 

Program Khatan Amal Nusantara anjuran Persatuan Pembantu Perubatan (PPP) Terengganu itu diadakan sempena musim cuti persekolahan juga diadakan di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia selain di Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak. 

“Kami sasarkan antara 100 hingga 150 kanak-kanak setiap program yang dianjurkan,” katanya. 

Selain menyediakan khidmat berkhatan, Dr Nujaimin berkata para doktor dan sukarelawan juga menyampaikan  peralatan persekolahan  sumbangan rakyat Malaysia kepada anak-anak tersebut. 

— BERNAMA 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2