MELAKA, 15 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka merancang untuk memperkenalkan kad kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), yang akan membolehkan pemegangnya mendapat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma di klinik atau hospital kerajaan.
Ketua Menteri Adly Zahari berkata inisiatif itu merupakan antara perkara yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan dan dijangka dapat dilaksanakan paling awal bermula tahun depan.
Beliau berkata proses perbincangan sedang dilakukan dengan pihak berkaitan bagi merealisasikan hasrat itu dalam usaha membantu mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan.
"Kita telah melihat modelnya dan akan mengenal pasti golongan sasar yang akan menerima perkhidmatan (kesihatan percuma) ini.
"Bagaimanapun, jumlah peruntukan belum dapat dipastikan namun nilainya tidak melebihi RM500 setahun bagi setiap isi rumah," katanya kepada pemberita pada majlis Santuni Cahaya Mata Bandaraya bersempena ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka di sini hari ini.
Turut hadir Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Low Chee Leong, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Mansor Sudin serta Pengarah Hospital Melaka Dr Hatijar Mohd Tan.
Pada majlis itu, Adly sempat melawat dan menyampaikan sumbangan berupa hamper dan kelengkapan ibu dan anak kepada bayi ‘Bandaraya’ serta meluangkan masa untuk melawat Ainul Mardhiah berusia lapan bulan yang menghidap kanser pada mulut atau ‘Germ Cell Tumor’.
Seramai enam bayi Bandaraya Melaka Bersejarah dilahirkan setakat pukul 8.49 pagi tadi di hospital terbabit yang mana empat daripadanya adalah bayi lelaki.
Bayi Bandaraya pertama dilahirkan seorang ibu, Sofiana Ayu Abdul Rahman, 30, iaitu bayi lelaki seberat 3.25 kilogram pada pukul 2.46 pagi tadi.
"Saya tidak menjangka keadaan ini kerana jangkaan tarikh kelahiran adalah pada 23 April nanti...apa pun saya berharap agar bayi yang dilahirkan hari ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menjadi warganegara berguna suatu hari nanti.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak MBMB yang sudi meraikan kami hari ini...pada masa sama rasa bertuah dapat bertemu dengan Ketua Menteri secara lebih dekat," kata Sofiana Ayu yang tinggal di Telok Mas di sini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN