Isu MMC telah ditangani dengan cekap dan profesional - Exco



SEREMBAN, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan isu berkaitan penutupan Mawar Medical Centre (MMC) Seremban, telah ditangani dan dikendalikan dengan cekap serta profesional, kata Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Veerapan sekali gus membidas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa penutupan MMC telah memberi kesusahan kepada pesakit untuk terus mendapatkan rawatan, terutamanya untuk hemodialisis.

Katanya, penempatan semula pesakit MMC telah diatur dengan baik dan pesakit MMC telah ditempatkan di semua Unit Hemodialisis hospital kerajaan di negeri ini dalam menerima rawatan.

 "Pihak kerajaan pusat melalui Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah menggerakkan semua kemudahan hemodialisis di hospital kerajaan dan pihak swasta dalam memastikan semua pesakit hemodialisis menyambung rawatan tanpa gangguan. Seramai 274 pesakit hemodialisis berjaya dirawat dengan berkesan dan profesional.

"Kesemua pesakit telah mendapat rawatan pada syif keempat (syif yang tamat pukul 1 pagi) dan kini, pesakit diberi rawatan selewat-lewatnya di syif ketiga (syif yang tamat pada pukul 9 malam) dan hanya ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Port Dickson,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad pada 7 April lepas, melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Kesihatan serta kerajaan negeri berhubung penutupan Pusat Hemodialisis Mawar Hospital di Seremban yang memberi kesusahan kepada pesakit terus mendapatkan rawatan terbabit.

Menurut Veerapan, melalui kerajaan negeri juga sebanyak lapan mesin hemodialisis telah disumbangkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, manakala dua mesin hemodialisis di Hospital Port Dickson telah disumbang  oleh Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kegunaan pesakit pada Januari lepas.

Veerapan menegaskan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi dan mempolitikkan isu penutupan MMC harus sedar bahawa usaha yang diambil kerajaan adalah untuk keselamatan pesakit dan dibuat secara profesional serta telus.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2