Tapak hospital baharu di Kampar dikenal pasti

Perak

KAMPAR, 18 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi projek pembinaan hospital baharu di daerah Kampar, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata tapak seluas 24.3 hektar itu terletak kira-kira 10 kilometer dari tapak hospital sedia ada.

"Tadi saya melawat tapak itu yang saya rasa paling sesuai seperti yang dicadangkan Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah... saya tengok dari segi lokasi agak sesuai.

"Namun ada isu yang memerlukan pengambilan tanah kerana sebahagian tanah adalah milik swasta, sebahagian milik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kampar di sini hari ini.

Dr Lee berkata sekiranya keputusan untuk menggunakan tanah itu dapat diputuskan secepat mungkin, kerja-kerja pengambilan tanah dijangka dapat dilakukan seawal tahun depan.

Dr Lee juga berkata terdapat beberapa cadangan untuk pengambilan tanah tersebut termasuklah pertukaran tanah..

"Kita sudah ada satu tapak di bawah kementerian sama ada kita boleh lakukan land swapped (pertukaran tanah) atau cara lain seperti peruntukan khas bagi membina hospital baharu yang akan diputuskan oleh kerajaan persekutuan serta kerjasama kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata sekiranya Hospital Kampar yang baharu dengan kos bernilai kira-kira RM120 juta siap, ia boleh menempatkan 90 katil pesakit berbanding 68 di hospital sedia ada.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018