PUTRAJAYA, 19 April (Bernama) -- Gaya hidup sihat bagi menyokong kempen “When Active Living Kicks” (WALK) yang diperkenal kerajaan akhir tahun lepas dipromosikan di Kompleks E di sini melalui inisiatif Kompleks E-Sihat Sejahtera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika melancarkan Kompleks E-Sihat Sejahtera itu hari ini berkata inisiatif yang melibatkan lima kementerian di kawasan Kompleks E itu akan membantu membentuk penjawat awam yang produktif.
Kompleks E-Sihat Sejahtera merangkumi enam skop utama pelaksanaan iaitu hidup yang aktif; pengurusan berat badan; pemakanan sihat; amalan tidak merokok; saringan kesihatan dan minda sihat, selain dua skop pilihan seperti persekitaran tempat kerja sihat serta pencegahan dan pengurangan kemudaratan alkohol.
Lima kementerian di Kompleks E adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) dan Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara).
"Kompleks E mengorak langkah untuk memastikan penjawat awam berada dalam keadaan kesihatan yang baik,” kata Dzulkefly. Turut hadir pada pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan Teoh Nie Ching dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN