Hubung kait penyakit periodontitis dengan diabetes



KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Tidak ramai sedar bahawa periodontitis, sejenis penyakit gusi,  saling berhubung kait dengan diabetes.

Pakar periodontis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurulhuda Mohd berkata, ketidaksedaran ini ditambah dengan keadaan periodontitis yang simptomnya tidak boleh dirasai secara ketara, selain keengganan pesakit menjalani pemeriksaan lanjut.

“Ia adalah penyakit ‘bidirectional’ di mana seseorang yang menghidap diabetes bukan sahaja boleh mengalami periodontitis tetapi periodontitis juga boleh memberi kesan negatif terhadap kawalan glukos darah.

“Ini boleh menyebabkan hiperglisemia (hyperglycaemic) yang membawa kepada komplikasi diabetes yang lain,” katanya kepada Bernama selepas ‘11th Diabetes Complications Conference and Grand Rounds' anjuran Institut Diabetes Negara (NADI) di sini, hari ini.

Periodontitis boleh menyebabkan periodontium, penyakit yang lebih serius disebabkan oleh tindakan bakteria secara langsung dan tidak langsung, di mana ia boleh menyebabkan kemusnahan struktur yang memegang gigi - gusi, tulang dan tisu-tisu lain.

“Kebanyakan masyarakat tidak faham keadaan gigi yang tersusun dan teratur bukanlah satu petanda bahawa mereka mempunyai gusi yang sihat,” katanya.

Menurutnya, Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan (NOHSA) 2010  mendapati sementara 94 peratus masyarakat Malaysia mengalami masalah periodontium, kajian lain menunjukkan 48 peratus daripada mereka mengalami penyakit periodontitis.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018