Perak sedia pelbagai program galak wanita buat pemeriksaan mamogram

DUN Perak

IPOH, 22 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan pelbagai program dalam usaha mempromosikan serta menggalakkan inisiatif pemeriksaan mamogram untuk golongan wanita di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Wong May Ing berkata antara usaha itu ialah menyediakan pengangkutan ke pusat mamogram untuk mereka yang mahu membuat pemeriksaan.

"Selain itu, kita turut mengedarkan risalah kepada orang ramai dan semasa program LPPKN sedang berlangsung selain mengadakan ceramah berkaitan pengesanan awal kanser payudara kepada wanita di kawasan komuniti dan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kepayang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Sementara itu, Wong (DAP-Pantai Remis)  berkata seramai 4,808 orang suri rumah dan wanita telah mendaftar program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) berdasarkan data eKasih sehingga 15 Mac lepas.

Seramai 21,164 suri rumah di Perak layak untuk program itu berdasarkan data eKasih sehingga 30 Nov tahun lepas, kata Wong.

"Pihak KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) telah mengambil inisiatif menghantar pesanan khidmat ringkas kepada semua peserta i-Suri bagi menggalakkan mereka membuat pembayaran untuk mendapatkan sumbangan kerajaan.

-- BERNAMA   






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018