36 peratus kematian warga ATM berkait NCD - Dr Amin

Oleh Muhammad Afiq Mohd Asri

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 36 peratus kematian warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2017 adalah berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease - NCD), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Lt Jen Datuk Dr Md Amin Muslan.

NCD merupakan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.

Beliau berkata walaupun peratusan berkenaan agak rendah tetapi ATM tetap mengambil tindakan dengan memberi penekanan dalam pemerkasaan warga ATM daripada aspek penjagaan kesihatan dengan mengenali faktor risiko penyakit serta pengawalannya.

"Penyakit NCD ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan individu tetapi juga memberi kesan daripada aspek sosioekonomi sesuatu organisasi termasuk ATM.

"Tahap kesiapsiagaan ATM juga dipengaruhi tahap kesihatan warganya, anggota yang mempunyai masalah kesihatan akan memberi kesan kepada produktiviti seterusnya tahap kesiagaan ATM," katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Dr Md Amin berkata warga ATM akan diperkasakan dengan aktiviti kesihatan yang memberi fokus terhadap faktor risiko NCD iaitu antaranya mengamalkan pemakanan sihat, bebas asap rokok, kesihatan mental serta saringan penyakit NCD.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018