KKM bangunkan MyHIX, Sistem Pangkalan Data Kesihatan Bersepadu

Dr Lee Boon Chye (gambar fail)

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun membangunkan Sistem Pangkalan Data Kesihatan Bersepadu (MyHIX), bertujuan memudahkan pihak hospital khususnya pengamal perubatan, membuat capaian rekod lampau pesakit yang dirujuk kepada mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata MyHIX, yang  dibangunkan secara berperingkat, akan berintegrasi dengan sistem maklumat fasiliti dan menerusinya, rekod-rekod kesihatan lampau pesakit boleh dirujuk melalui indeks sistem pangkalan data bersepadu tersebut.

“Sehingga kini, pelaksanaan MyHIX hanya dilakukan di sembilan hospital kerajaan dan sebuah klinik kesihatan, sementara pelaksanaannya di hospital dan klinik swasta juga akan dilakukan secara berperingkat melalui inisiatif Rekod Perubatan Elektronik (EMR) bagi mewujudkan pangkalan data kesihatan bersepadu yang lengkap,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Lee memberi penjelasan kepada Senator Datuk Dr S Ananthan yang mahu tahu sama ada KKM bercadang mewujudkan sistem pangkalan data kesihatan pesakit di hospital serta klinik kerajaan dan swasta di negara ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018