Jururawat jambatan antara pesakit dan doktor

Gambar fail

JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Jururawat dilihat sebagai wira tidak didendang yang sebenar, sering kali memainkan peranan sebagai jambatan antara doktor dan pesakit.

Menyedari betapa pentingnya peranan jururawat, Regency Specialist Hospital (RSH) dan Mahkota Medical Centre (MMC) menganjurkan satu seminar baru-baru ini, bertujuan memperkasakan kejururawatan sebagai pilihan kerjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif RSH Serena Yong berkata kejururawatan merupakan industri penyedia penjagaan kesihatan yang sedang berkembang dan komprehensif yang bermakna dalam pembangunan tenaga manusia.

“Kami mahu memberikan mereka platform ini untuk meningkatkan keyakinan (mereka), untuk mengiktiraf mereka dan yang paling penting, untuk menghormati mereka kerana memilih profesion yang mulia ini.

“Lebih 250 peserta menghadiri seminar Sabtu lepas dan manfaat yang diperoleh mereka adalah rangkaian, bercakap dengan satu sama lain dan lebih penting, kami mahu meningkatkan kesedaran awam dengan menyampaikan mesej seperti ini,” katanya kepada Bernama di seminar itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMC Stanley Lam berkata penting untuk seminar ini menjadi platform kepada para jururawat berkongsi pengetahuan mereka dan bertukar idea untuk kemajuan profesion.

“Kejururawatan menjadi tulang belakang dalam industri penjagaan kesihatan, kita perlu terus melakukan peningkatan dan menghadapi cabaran seperti teknologi supaya kita dapat memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat dan pesakit,” katanya.

Seorang peserta, Oh Jie Wen, 23, dari RSH berkata tahun ini merupakan tahun pertama beliau berkhidmat sebagai jururawat.

“Saya rasa saya boleh banyak belajar daripada seminar ini, seperti tanggungjawab dan komitmen yang diperlukan oleh jururawat dan penambahbaikan untuk pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018