IJN pertingkat Pusat Serangan Jantung

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Institut Jantung Negara (IJN) hari ini mengumumkan peningkatan Pusat Serangan Jantungnya yang menawarkan rawatan kecemasan kepada mereka yang mengalami serangan jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata kolaborasi dengan First Ambulance akan membolehkan pesakit menerima rawatan secepat mungkin.

“Sebaik saja seseorang itu menghubungi nombor kecemasan Pusat Serangan Jantung IJN, sistem akan menyelaras.

Serentak itu, ECG pesakit akan juga dipancarkan dari ambulans ke IJN membolehkan doktor meneliti keadaan,” katanya selepas mengumumkan peningkatan Pusat Serangan Jantung hari ini.

Ditubuhkan pada 1995, pusat itu menyediakan rawatan 24-jam kepada mereka yang diserang sakit jantung dengan melakukan rawatan kecemasan menyelamat nyawa.  

Prosedur utama dijalankan oleh pusat itu ialah ‘Percutaneous Coronary Intervention’ (PCI) yang telah terbukti berjaya menyekat kerosakan jantung yang serius atau maut akibat serangan jantung.

Sementara itu, Dr Mohd Azhari berkata rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia lebih muda berbanding negara-negara lain di rantau ini - pada awal usia 58 tahun.  

Katanya, data Kementerian Kesihatan mencatatkan 13,000 kematian pada 2017 berbanding hanya kira-kira 8,700 pada 2007. 

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018