Kerajaan negeri dalam perancangan bina hospital pakar yang kedua - exco

Negeri Sembilan

SEREMBAN, 25 April (Bernama) -- Kerajaan negeri dalam perancangan untuk membina sebuah hospital pakar yang kedua di negeri ini sebagai usaha mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada ketika ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihaknya kini menunggu kelulusan.

“Untuk hospital kedua di Negeri Sembilan memang dalam perancangan, kita telah cadangkan kepada KKM untuk wujudkan sebuah hospital kedua di negeri ini dan sekiranya dapat dibina maka kesesakan di hospital termasuk masalah parkir dapat dikurangkan.

“Saya juga telah buat satu lawatan ke satu tapak di Bandar Enstek, Nilai yang merupakan tanah KKM yang saya rasa hospital kedua ini boleh dibina di lokasi ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Senaling) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan sebuah lagi hospital pakar di negeri ini.

Tambahnya perkara itu sememangnya dalam perancangan kerajaan negeri dan telah pun dibawa ke perhatian pihak KKM.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018