'Ambulatory Care Center (ACC)' akan dibina di HTF Perlis



KANGAR, 25 April (Bernama) -- Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Perlis bakal mempunyai sebuah bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) atau klinik pakar baharu menggantikan klinik pakar sedia ada di sini nanti.

Pengarah Kesihatan Perlis Dr Sirajuddin Hashim berkata klinik pakar sedia ada di bangunan lama itu pula memerlukan pembinaan bangunan baharu.

“Kita telah kemukakan cadangan ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini untuk pertimbangan dan diharapkan mendapat kelulusan,” katanya kepada media selepas merasmikan program Nafas Baru Bermula Ramadan dan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2019 di Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini semasa bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di HTF amat ramai pihaknya berusaha untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada pesakit.

"Kita tak nak sesakkan kawasan hospital. Orang ramai sekarang ini tumpu kepada hospital semata-mata. Parking penuh. Jadi dengan pembinaan bangunan ACC ini, kesesakkan dapat dikurangkan. Pesakit boleh mendapatkan rawatan dengan selesa,” katanya.

Sementara itu, Sirajuddin berkata kesemua klinik kesihatan di negeri ini menyediakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM).

Menurutnya 1,734 orang telah dirujuk ke KBM menerusi program mQuit dan daripada jumlah itu 139 pesakit bersetuju mendaftar manakala 44.6 peratus dengan 62 daripada mereka telah berjaya berhenti merokok.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018