Merokok, obesiti faktor utama penyakit hipertensi dan diabetes

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (dua, kanan) melihat contoh ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika melawat tapak pameran selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kampungku Sihat peringkat Johor, di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye (dua, kiri).

MUAR, 27 April (Bernama) -- Masalah merokok dan obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi di negara ini dan ia berada pada tahap yang membimbangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata berdasarkan stastistik yang dijalankan Kementerian Kesihatan setiap lima tahun, peratus golongan dewasa mengalami diabetes meningkat daripada 8.3 peratus ke 17.5 peratus pada 2015 manakala bagi penghidap hipertensi kekal sekitar 30 peratus dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan peratus dewasa yang mengalami obesiti meningkat empat kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 17.7 peratus pada tahun 2015 manakala bagi dewasa yang merokok kekal tinggi iaitu 22 peratus.

"Antara usaha yang  dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah ini ialah Program Kampungku Sihat yang menggabungkan program-program pengupayaan komuniti digerakkan ke segenap lapisan komuniti dalam mencegah penyakit seperti hipertensi dan diabetes ini," katanya ketika berucap pada program Kampungku Sihat peringkat Johor, di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Dr Lee berkata berdasarkan intervensi yang dibuat melalui program tersebut juga, pada minggu pertama sahaja lebih 63 peratus mereka yang berisiko mendapat NCD telah dirujuk ke fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pelaksanaan program seumpama itu amat penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan penyakit berkenaan dan menggalakkan mereka menjalani pengesanan awal sekali gus menyedarkan masyarakat pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

"Program di Parlimen Pagoh ini kali ketiga diadakan dan program yang sama dirancang akan diadakan secara berperingkat iaitu di Gopeng, Kota Raja dan Port Dickson.

"Menerusi program tersebut KKM membawa anggota dan pelatih dari rumah ke rumah untuk mengadakan saringan kesihatan asas iaitu tekanan darah, bacaan aras gula dalam darah dan pengiraan indeks jisim badan (BMI) dan khidmat nasihat penjagaan gigi akan turut diberikan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018