Pemain Selangor boleh dapatkan rawatan pemulihan di Hospital Avisena



SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Pemain Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini boleh mendapatkan rawatan pemulihan berprestasi tinggi akibat kecederaan yang dialami ketika perlawanan di Hospital Pakar Avisena di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospital Pakar Avisena, Datuk Dr Omar Abd Hamid berkata melalui kerjasama itu, pemain bawah naungan FAS akan menerima rawatan ‘penjagaan peribadi’ daripada pasukan fisioterapi dan doktor yang mahir dan terlatih dalam pengurusan pemulihan dan rawatan kecederaan sukan.

“Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai ‘Rakan Penjagaan Kesihatan Pilihan’ dan menjadi sebahagian daripada usaha FAS dalam melonjakkan nama pasukan bola sepak Selangor di Malaysia dan di rantau ini," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian antara Hospital Pakar Avisena dan FAS, sambil disaksikan Raja Muda Selangor yang juga Presiden FAS Tengku Amir Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung FAS Dr Johan Kamal Hamidon.

Sementara itu, Ketua Unit Fisioterapi FAS Seerla Ramanarajoo berkata kerjasama antara Hospital Avisena dan FAS akan menyaksikan pemain daripada persatuan berkenaan bakal menerima rawatan pemulihan berprestasi tinggi selama setahun sehingga Mac 2020.

Beliau berkata pada masa ini, pemain import Selangor Rofino Segovia sedang menjalani rawatan di hospital itu akibat kecederaan tendon Achilles sejak Mac lepas. 

“Jurulatih fizikal FAS Khairulanwar Md Isa juga sedang mendapatkan rawatan di hospital itu kerana kecederaan berkaitan tendon Achilles," katanya.

Selain pemain, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga membolehkan kakitangan FAS menikmati perkhidmatan penjagaan primer dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Avisena.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018