Penguatkusaan pendidikan larangan merokok fokus kawasan luar bandar

IPOH, 28 April (Bernama) -- Lanjutan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat makan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini antaranya untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada perokok di kawasan luar bandar, kata Dr Lee Boon Chye.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata usaha yang dilakukan itu mendapat sambutan mengalakkan di kawasan bandar, namun kesedaran perokok kurang di kawasan luar bandar khususnya yang tinggal di kampung.

"Sambutan penguatkuasaan larangan merokok di kawasan bandar bagus,  daripada kalangan pengusaha restoran pun bagus, tetapi pengetahuan tentang penguatkuasaan di kawasan luar bandar kurang dan perlu dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian kempen derma darah dan Hari Kesejahteraan Rakyat di Gelanggang Bola Keranjang di Kampung Baru, Gunung Rapat di sini hari ini.

Tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di kedai makan dan restoran sebelum ini ditetapkan berakhir Julai ini selepas pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok bermula pada 1 Jan lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Rabu lalu memaklumkan pelanjutan tempoh tersebut dibuat bagi memberikan peluang secukupnya kepada perokok meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok.

Mengulas lanjut, Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata penguatkuasaan larangan merokok sepenuhnya pada 1 Jan tahun depan dan tiada lagi penguatkusaan pendidikan dilakukan.

Menurutnya, penguatkuasaan pendidikan larangan merokok dijalankan bukan untuk mendenda atau menghukum perokok, sebaliknya mahu mengalakkan mereka mengambil peluang itu untuk berhenti merokok.

"Kalau tak boleh (berhenti merokok) kurangkan atau sekiranya masih tidak boleh janganlah merokok di khalayak ramai, bukan kita nak jadikan mereka sebagai penjenayah tetapi kita berhasrat untuk ubah sikap mereka dari segi merokok.

Beliau berkata kos bagi rawatan pesakit akibat merokok jauh lebih tinggi daripada cukai yang dikutip daripada industri rokok. 

"Cukai yang kita kutip adalah sekadar RM4 hingga RM5 bilion tetapi kos untuk rawatan (rokok) seluruh negara melebihi RM16 bilion setiap tahun, jadi ini (penguatkusaan) tindakan yang perlu kita lakukan," tegasnya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018