UMSC raikan jururawat atas dedikasi mereka

Ketua Pegawai Eksekutif UM Specialist Centre Azhar Harun (depan lapan, kanan) bersama Pengarah Kejururawatan UM Specialist Centre Zurainawaty A. Rahman (depan sembilan, kanan) memotong kek sebagai gimik perasmian Majlis "Happy Nurses Day" hari ini.

PETALING JAYA, 28 April (Bernama) -- Pusat Pakar UM (UMSC) hari ini memberi penghormatan kepada profesion kejururawatan sempena Hari Jururawat Sedunia 2019 dengan menganjurkan majlis makan tengah meraikan jururawat.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif UMSC Azhar Harun, Pengarah Kejururawatan Zurainawaty A. Rahman dan Pengarah Perubatan Prof Dr Vicknes Waran Mathaneswaran.

"Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang komited, UMSC diberi penghormatan untuk meraikan peristiwa penting itu bagi menghargai usaha dan sumbangan pasukan kejururawatan yang berdedikasi.

Kira-kira 200 jururawat diraikan pada majlis tersebut yang menyaksikan penyampaian anugerah bagi prestasi terbaik, kakitangan wanita dan lelaki berpakaian tradisional terbaik, cabutan bertuah dengan hadiah menarik dan persembahan oleh jururawat.

"Saya berasa amat bangga mempunyai kakitangan yang dinamik dan komited. Hari Jururawat Antarabangsa adalah peluang terbaik bagi kami untuk meraikan kerja jururawat di UMSC ,” kata Zurainawaty.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018