Jangkitan jejaskan kualiti penjagaan kesihatan di hospital

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye ( Gambar fail )

PUTRAJAYA, 27 April  (Bernama) -- Jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI) merupakan salah satu daripada ancaman besar yang menjejaskan kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit di hospital di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata NCAI ada kaitan dengan rintangan antiotik yang menyukarkan proses penyembuhan atau rawatan menjadi kurang berkesan.

“Akibatnya, kita terpaksa menghadapi soal pesakit yang terpaksa tinggal lebih lama di hospital, ketidakupayaan jangka panjang, kematian yang boleh dicegah dan peningkatan rintangan terhadap antimikrob,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kawalan Pencegahan Jangkitan dan Hari Kebersihan Tangan peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Lee berkata bersadarkan data kebangsaan pada tahun lepas kelaziman  jangkitan berkaitan kesihatan semasa tinggal di hospital ialah 4.5 peratus daripada 100 kemasukan di mana Pneumonia, Transfusi Darah (BSI) dan Infeksi Tempat Bedah (SSI) adalah tiga diagnosis teratas semasa tinjauan.

Berdasarkan bagaimana organisme itu tersebar, beliau  percaya pencegahan adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal penyebaran mikroorganisma berkenaan

Cara yang paling kos efektif untuk mencegah HCAI adalah menerusi  kebersihan tangan dan kementerian juga mempunyai beberapa program latihan kebersihan tangan untuk melatih lebih ramai pekerja penjagaan kesihatan mengenai pentingnya kebersihan tangan dalam penjagaan kesihatan, katanya.

Acara dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman HCAI dan rintangan anti-mikrob (AMR) yang semakin meningkat untuk memastikan kakitangan penjagaan kesihatan memahami peranan mereka dalam pencegahan dan kawalan jangkitan.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018