Pelajar Perlis bebas penyakit tangan, kaki dan mulut

Perlis

KANGAR, 30 April (Bernama) -- Pelajar di Perlis bebas daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Izmi Ismail.

Beliau berkata pada tahun lepas, lebih 15 kes membabitkan murid dan pelajar dicatatkan, namun semuanya telah pulih sepenuhnya.

“JPN berharap ibu bapa memainkan peranan dengan mendidik anak-anak mereka mengamalkan kebersihan diri kerana HFMD merebak melalui air liur dan penyakit ini pula dikategorikan mudah berjangkit,” katanya.

Izmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Record bagi Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan ‘Hand Sanitizer’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang, di sini, hari ini yang disertai 124 murid Tahun Satu sekolah itu.

Dalam program berkenaan, setiap murid dibekalkan satu unit hand sanitizer EcoMind yang ditaja syarikat Melilea Malaysia dan mereka diberi tunjuk ajar cara mencuci tangan dengan betul oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Perlis.

Lebih 3,940 murid Tahun Satu sekolah rendah seluruh Perlis menyertai program itu yang dijalankan serentak di seluruh negara membabitkan kira-kira 450,000 murid, hari ini.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018