Jabatan Kesihatan masih pantau pesakit pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim

Selahuddeen Abd Aziz

JOHOR BAHRU, 30 April (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor masih melakukan pemantauan secara proaktif terhadap pesakit yang terlibat dalam kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang, bulan lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata pemantauan itu bagi mengesan kesan jangka panjang terhadap kesemua mereka khususnya 26 mangsa yang mengalami masalah pernafasan yang sebelum ini mendapatkan rawatan menggunakan bantuan mesin pernafasan.

“Sepatutnya kalau mengikut hipotesis pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor, pendedahan mangsa terhadap bahan kimia itu sepatutnya tidak mengakibatkan kesan jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Glaukoma Sedunia di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM Johor Datuk Yahya Madis.

Dr Selahuddeen berkata pemantauan berkenaan dilakukan secara berjadual sama ada tiga bulan atau enam bulan sekali bergantung kepada simptom yang dialami mangsa.

Terdahulu, pada sambutan berkenaan, seramai 80 pegawai dan anggota JBPM Johor menjalani saringan awal bagi mengesan glaukoma yang dianjurkan Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), membabitkan seramai 30 petugas perubatan.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018