Gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) – Pengusaha premis makanan harus lebih bijak menarik pelanggan dan tidak merasa ‘terbeban’ dengan pewartaan premis berkenaan sebagai tempat larangan merokok, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Ini, katanya, kerana golongan yang tidak merokok adalah jauh lebih ramai.
“Yang merokok itu 23 peratus (penduduk Malaysia) manakala yang tidak merokok hampir 80 peratus. Harus ada kebijaksanaan supaya pengusaha premis makanan tumpu untuk menarik pelanggan yang tidak merokok daripada tumpu kepada mereka yang merokok,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya hari ini.
Mengulas cadangan supaya ruang khas merokok diwujudkan, Dr Lee berkata ia tidak dapat menjamin perlindungan malah masih membahayakan orang awam yang terdedah kepada asap rokok.
“Namun, kementerian akan mengambil perhatian terhadap cadangan ini dan mengambil pendapat pihak berkepentingan sebelum keputusan muktamad dibuat. Peranan kementerian adalah untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan tidak menggalakkan amalan merokok,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata projek pembinaan kompleks parkir bertingkat secara kerjasama antara sektor awam dan swasta melalui kaedah ‘build, operate, transfer’ sebagai projek rintis akan dijalankan di hospital kerajaan dalam masa terdekat.
Beliau tidak menamakan hospital berkenaan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN