Dzulkefly Ahmad
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menyasarkan penggunaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di semua hospital dan klinik di bawahnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata EMR akan membantu kementerian menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dengan memanfaatkan perkembangan teknologi seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat.
"Pelaksanaan EMR memerlukan peruntukan yang besar tapi kita percaya ia boleh dilaksanakan fasa demi fasa mengikut kemampuan kewangan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka EMR di sini hari ini.
EMR adalah sistem penyimpanan data elektronik mengenai maklumat perubatan yang dikongsi di kalangan pakar perubatan, hospital dan pesakit yang menggantikan sistem rekod perubatan tradisional.
"Buat masa ini kebanyakan rekod perubatan adalah dalam bentuk manual dan jika EMR ini dilaksanakan apabila pesakit datang mendapatkan rawatan, semua rekod kesihatan termasuk alergik, sakit yang dihadapi boleh didapati di mana-mana hospital atau klinik di bawah kementerian," katanya.
Dr Dzulkefly berkata melalui EMR juga, kementerian dapat melaksanakan pengurusan kesihatan pencegahan dan efektif yang lebih strategik untuk negara.
"Ini termasuklah risiko penyakit baru, peningkatan kos rawatan serta prestasi kakitangan dapat diurus dengan lebih berkesan berdasarkan data dan fakta yang mudah diakses dan tersedia," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN