Unit rawatan CAPD perlu diwujudkan di HTAN - Eddin Syazlee



SEREMBAN, 3 Mei (Bernama) -- Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah disaran menubuhkan Unit Rawatan CAPD, untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dalam mendapatkan rawatan dialisis tanpa perlu keluar dari pekan Kuala Pilah sekaligus mengurangkan kos berulang-alik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia uan juga Anggota Dewan Undangan negeri Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith berkata HTAN merupakan hospital kluster antara Hospital Jempol dan Hospital Tampin, manakala CAPD hanya terdapat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).

“Jadi kita lihat ada potensi atau relevennya untuk CAPD diwujudkan di sini. Saya suka untuk cadangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mempertimbangkan supaya unit CAPD ini diwujudkan di HTAN,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di HTAN di sini, hari ini.

“Ini untuk memudahkan pesakit dengan mengambil kira kesesakan jalan raya dari Kuala Pilah ke HTJ lagi... apatah lagi sekiranya pesakit mengalami jangkitan ia memerlukan pesakit berulang-alik tiga hingga empat kali sehari,” tambahnya.

Turut hadir program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Mohamad Nazaruddin Sabtu dan Pengarah HTAN Dr Zaharimah Abdul Kadir.

Sementara itu, Dr Zaharimah berkata HTAN ketika ini dalam proses untuk dinaik taraf dengan pembinaan sebuah bangunan baharu setinggi empat tingkat merangkumi penambahan 131 buah katil dan ia dijangka siap pada tahun 2021.

Pada program hari ini Eddin Syazlee berkesempatan melawat para pesakit di wad 1 kanak-kanak, wad 2 wanita dan wad 4 lelaki di samping menyampaikan buah tangan dan kira-kira 400 naskah Al-Quran kepada pesakit dan kakitangan HTAN disamping menyumbang 500 naskah yassin kepada HTAN. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018