Influenza B: SK Taman Pantai Sepang Putra diarah tidak anjur perhimpunan



PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra, Selangor diarah tidak mengadakan aktiviti perhimpunan dalam masa terdekat berikutan jangkitan wabak Influenza B, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang mengeluarkan arahan itu susulan laporan seramai 18 murid terbabit dijangkiti wabak itu.

"KPM turut meminta ibu bapa atau penjaga memberi laporan segera kepada pihak sekolah sekiranya murid di bawah jagaan mereka terkena wabak itu," katanya.

Amin berkata, KPM juga menggalakkan murid di sekolah berkenaan, terutamanya yang mengalami masalah kesihatan seperti selesema dan batuk supaya memakai penutup hidung dan mulut agar tidak menjangkiti murid lain.

Menurut beliau, PPD Sepang dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga diminta untuk memantau kes itu dan membantu mangsa yang terlibat dari aspek kebajikan dan mematuhi prosedur operasi standard sedia ada.

Bagaimanapun, Amin berkata buat masa ini, tiada keperluan untuk menutup mana-mana sekolah berikutan penularan jangkitan Influenza.

Sehubungan itu, semua sekolah diminta supaya mengikut arahan dan syor yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan.

"KPM (Kementerian Pendidikan) sekali lagi memberi jaminan akan memantau perkembangan demi kebajikan murid dan guru," katanya.

Pada pertengahan April lepas, 101 murid dan seorang guru di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dilapor disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1).

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018