Gleneagles Penang tawar khidmat petugas 'concierge' e-hailing percuma

GEORGE TOWN, 4 Mei (Bernama) -- Berkuatkuasa 13 Mei, Gleneagles Penang menjadi hospital pertama dalam negara yang menawarkan khidmat petugas rencam ‘concierge’ e-hailing percuma untuk para pesakitnya.

Ketua Pegawai operasinya Yong Zi Ling berkata perkhidmatan terbaharu itu disediakan dengan kerjasama Concierge by Grab for Business, yang merupakan perkhidmatan tempahan menerusi laman web yang membolehkan pasukan perkhidmatan pelanggan hospital mengatur dan menempah perjalanan yang diingini bagi pihak pesakit, atau anggota keluarga yang menjaga mereka.

Beliau berkata perkhidmatan pengangkutan baharu itu adalah sebahagian daripada inisiatif mereka bagi membawa keselesaan kepada pesakit, terutama warga emas yang tidak memiliki telefon pintar, atau pesakit dari negara luar yang tidak memiliki pelan data.

“Ia adalah sebahagian daripada inisiatif hospital untuk menyampaikan layanan terbaik, dengan menyediakan pengalaman terhebat, di samping terus berusaha membaiki perkhidmatan bagi memastikan semua keperluan pesakit dipenuhi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian Corporate Service and Billing Agreement (CSBA) bersama dengan Grab Malaysia.

Yong, bersama dengan pengurus kanan jualan dan pemasaran Aileen Foo mewakili Gleneagles Penang untuk menandatangani CSBA dengan Ketua Grab for Business, Casey Chung, yang mewakili Grab Malaysia.

Yong seterusnya memberi gambaran kemungkinan banyak lagi kolaborasi pihaknya dengan Grab untuk meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan pelanggan hospital secara berterusan, antaranya seperti khidmat penghantaran makanan GrabFood dan bengkel untuk pemandu Grab,

“Dengan sokongan dan komitmen Grab Malaysia, saya percaya usaha baik ini akan menyediakan penyelesaian kepada isu-isu berkaitan perjalanan bagi pesakit kami dan juga anggota keluarga mereka,” tambahnya.

Selaras dengan majlis menandatangani perjanjian hari ini, satu bengkel pendidikan buat pemandu Grab mengenai cara terbaik melayan dan membantu penumpang dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) durut diadakan di Gleneagles Penang.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018