KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seramai 8,042 orang dikenal pasti menghidap penyakit dan pembawa talasemia dalam negara sehingga Disember tahun lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini berdasarkan laporan 'Malaysian Thalassaemia Report' yang buat pertama kali diterbitkan, yang menunjukkan lebih 5,000 pesakit daripada jumlah itu dikesan berada pada tahap kritikal yang memerlukan rawatan berkala melalui pemindahan darah.
"Dalam konteks Malaysia, seorang dalam 20 warganegara kita adalah pembawa genetik talasemia. Nisbah itu agak tinggi dan serius… tetapi pada masa yang sama, kepanjangan hayat pesakit talasemia ada menunjukkan peningkatan.
“Ini adalah satu penunjuk yang positif, menunjukkan keberkesanan perubatan rawatan kita," katanya pada sidang media Hari Talasemia Kebangsaan 2019 (National Thalassaemia Day 2019) di sini hari ini.
Tambahnya peningkatan jangka hayat pesakit membuktikan bahawa rawatan serta teknologi terkini berhasil membantu pesakit menikmati jangka hayat yang lebih lama sehingga ke usia lebih 40 tahun.
Dr Dzulkefly berkata bagaimanapun kerajaan perlu membelanjakan RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka dan kos itu juga semakin meningkat.
Sehubungan itu katanya, bagi mengawal penyakit genetik itu daripada terus meningkat, rakyat seharusnya mengetahui status talasemia mereka dengan menjalani ujian saringan talasemia.
"Mahu atau tidak mahu...kita perlu imbas saringan, dan menggalakkan setiap pasangan tidak berkahwin sesama pembawa genetik talasemia," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN